3 cara berbelanja



1. Kita dapat membelanjakan duit kita untuk penggunaan sendiri. Bahkan penggunaan sekaligus akan menyebabkan pembaziran. Contohnya:



 



·        Kereta , minyak



·        Makan , belanja dapur



·        Sewa rumah



·        Keperluan sendiri



 



Ini juga tidak dapat untuk dielakkan kerana telah berlaku pembaziran wang tanpa memanfaatkan kewangan untuk menabung wang tersebut untuk kepentingan masa hadapan. Contohnya:



 



·  Jam tangan



·  Gadget canggih



 



Ini salah satu daripada kehendak manusia yang telah melebihi keperluan manusia.



 



2. Pada masa yang sama kita juga ingin meningkatkan daya pengetahuan untuk kepentingan diri kita sendiri.



 



·        Membeli buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan



·        Mendaftar kelas



 



Kedua-dua ini memang sangat penting bagi peningkatan bagi diri kita sendiri tetapi dalam masa yang sama kita juga boleh membuat kerja separuh masa agar tidak menganggu pembelajaran kita iaitu seperti bekerja separuh masa secara dalam talian. Ini dikatakan pelajar lebih banyak menjalankan berniaga secara dalam talian agar dapat mengukuhkan kewangan di samping memperbaiki cara percakapan kepada orang ramai dan mendorong kita mempunyai pemikiran yang lebih meluas dan satu kelebihan untuk mengarang esei BM.



 



3. Duit juga boleh dibelanjakan ke jalan yang mengasilkan duit yang lebih banyak. Contohnya:



 



Berniaga secara dalam talian



·        Pada masa kini, supplier barangan telah memberi peluang kepada pelajar, penggangur dan suri rumah untuk menjalankan kerja yang mudah, salah satu menjadi agent droship. Sebagai agent dropship, mereka telah mendapat separuh daripada keuntungan daripada harga yang diberikan sebagi penghargaan bagi mereka yang membantu supplier barangan untuk menjualkan barangan mereka kepada pelanggan.



·        Selain itu, mereka dapat pengetahuan daripada bisnes yang mereka lakukan. Bukan sahaja, mendapat ilmu pengetahuan tetapi mereka akan sentiasa dihormati serta dipercayai pelanggan.



 



Beli barang untuk dijual



·        Mereka yang mempunyai kemahiran telah mengeluarkan modal Rm 10 untuk barangan yang ingin diniagakan secara offline. Daripada modal Rm 10 mereka telah diniagakan kepada Rm 20. Mereka hanya boleh meningkatkan harga barangan daripada Rm 2 – Rm 10. Contohnya, produk yang menguntungkan walaupun hanya sekali mengeluarkan modal Rm 100 iaitu Simkad Toneexcel.



 



Mudah bagi kita membuat perkara no 3 jika kita membuat perkara no 2 dengan bersungguh-sungguh. Jika kita membuat perkara no 2, kita ada skil baru untuk dijual dan skil untuk menjual.



 



KITA MESTI INGAT!



 



1. Kita boleh membelanjakan wang untuk kegunaan diri sendiri tetapi kita mesti memanfaatkan kewangan untuk kepentingan pada masa hadapan.



2. Duit juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan daya pemikiran untuk memajukan diri sendiri. Skil yang dimiliki akan membantu kita memajukan diri sendiri.



3. Duit juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan agar membuat duit lebih banyak.



 



Tetapi masyarakat pada masa ini, lebih memilih perkara no 1 dan berbelanja untuk kepentingan diri sendiri. Perkara no 1 telah membuat ramai orang untuk bersikap boros kerana tidak dapat memanfaatkan kelebihan yang ada untuk berbisnes. Ramai mereka yang tersangkut di perkara no 1, dan telah melupakan perkara 2 dan 3 kerana telah asyik dengan kelebihan yang ada. Orang ramai perlu mengetahui perkara yang lebih penting untuk memajukan diri sendiri. Bagi pelajar, mereka mesti meletakkan target mereka agar mempunyai duit setelah tamat persekolahan agar tidak membebankan ibubapa.



 



Ingatlah kita perlu menjadi sebagai pengguna dan seorang yang bijak dalam menjaga ekonomi untuk masa hadapan kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara menjadi pengguna tunetalk/tunetalk dan kelebihan yang disediakan

Pending