Bolehkah aku berjaya dalam satu perniagaan?

Berapa banyak perkara yang mesti ada untuk memastikan diri kita menjadi usahawan yang berjaya dan seterusnya membina satu perniagaan berjaya?
Apa yang mesti diketahui dan amalkan atau dilakukan untuk jadikan perniagaan berjaya?
Bolehkah aku berjaya dengan apa yang telah aku lakukan selama ini?
Bagaimana orang lain buat sehingga membolehkan mereka membina satu perniagaan berjaya?
Soalan-soalan di atas telah menghantui anda apabila anda membina satu perniagaan
atau buat anda yang sedang merangka mempersiapkan diri untuk berniaga maupun baru mula berniaga….
ketahuilah bahawa ianya merupakan satu petanda yang cukup baik!.

Pada masa ini, kebanyakkannya kita telah telah banyak membaca,mendengar dan melihat daripada individu yang memberikan motivasi pada orang ramai bahawa untuk berjaya kita mesti yakin dengan kuat untuk berjaya. Itu juga yang saya sering katakan pada kawan-kawan selama ini dalam perniagaan yang kita jalankan iaitu bisnes simkad tunetalk/toneexcel.

Kawan-kawan saya yang belum join tunetalk/toneexcel telah bertanya soalan yang sama kepada saya tetapi saya hanya menjawab dengan selamba dengan ayat ini “ dalam menjalankan sesuatu bisnes itu perlu ada sikap kesabaran dalam diri, bukan hari ini kita menanam bunga esok harinya sudah tumbuh kita juga perlu ada langkah-langkah untuk menjaganya sama seperti bisnes perlu ada langkah demi langkah untuk berjaya”
“Bolehkah aku berjaya setelah apa yang aku lakukan untuk perniagaan ini…?”
Soalan di atas sering saya dengar apabila saya mula mempromosi dan memperkenalkan perniagaan ini kepada orang lain.
Kita akan berjaya dalam bisnes ini apabila kita melakukan perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh, rajin dan sabar kerana orang yang berjaya dalam sebuah perniagaan juga ada turun naiknya dan jatuh bangunnya semasa menjalankan perniagaan yang mereka bina sehinggalah mereka melihat sendiri hasil titik peluh mereka.
Bagi mereka yang bertanya apakah boleh perniagaan berjaya?
Jawapannya “ya”
Kerana perkara yang akan menentukan kita mampu membina perniagaan berjaya atau tidak. Satu perkara yang penting dalam perniagaan ialah ilmu perniagaan dan ilmu perniagaan yang kita diniagakan. Dalam masa yang sama kita boleh bermula dengan zero dan terjun berniaga untuk mendapatkan ilmu dari kesilapan demi kesilapan sehinggalah berjaya. Dalam perniagaan juga mestilah rajin untuk bertanya mengenai perniagaan yang kita niagakan agar perniagaan tersebut membuahkan kita hasil kita kerjakan untuk menghasilkan hasil dalam perniagaan tersebut.
Dalam berniaga kita bukan untuk melihat sebuah kekayaan tetapi untuk mengubah hidup kita dari segi ekonomi. Salah satunya perniagaan yang dapat membantu kita semua ialah perniagaan menjual simkad kerana menjual simkad satu perkhidmatan untuk pelanggan. Sudah pastinya kita boleh berjaya jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ahli perniagaan yang berniaga juga tidak pernah mengenal erti putus asa dalam hidup mereka kerana mereka sentiasa mengharapkan kejayaan dalam perniagaan mereka. Sama seperti anda yang baru memulakan perniagaan ini tidak perlu untuk berputus asa agar anda sentiasa meletakkan niat anda pada perniagaan yang anda niagakan.
Jadikan perniagaan yang anda jalankan berjaya dengan nasihat saya di atas. Jika anda lakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda akan berada di atas saya selepas ini dan menjadi rakan kongsi dalam perniagaan, saya pasti anda akan berterima kasih pada saya satu hari nanti. Kalau tak berterima kasihpun tak apa kerana tugas saya menyampaikan sudah selesai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara menjadi pengguna tunetalk/tunetalk dan kelebihan yang disediakan

Pending

3 cara berbelanja