Pelajar Nampak Peluang Berbisnes

Pelajar Nampak peluang berbisnes kerana setiap masyarakat akan terdedah dengan urus niaga baik di sekolah mahupun tempat lain. Pelajar juga telah mempunyai pemikiran terbuka untuk membantu diri sendiri untuk lebih maju dengan mempunyai bisnes sendiri. Ini kerana, pelajar tidak ingin menyusahkan ibubapa dengan meminta wang lebih untuk belanja seharian di sekolah. Selain itu, dengan teknologi yang canggih pelajar lebih banyak memanfaatkan telefon bimbit sebagai alat untuk menjalankan bisnes mereka. Oleh itu, wajarlah pelajar masa kini untuk mempunyai bisnes kerana bisnes yang mudah sedia ada depan mata.

Antara bisnes yang dapat disimpulkan  adalah simkad Toneexcel kerana dengan menggunakan telefon sahaja, pelajar sudah mempunyai komisen daripada penggunaan kredit ataupun mereka menjadikan simkad tersebut untuk berbisnes dan memperkenalkan kepada orang ramai. Bagi mereka yang mengambil mata pelajaran ekonomi, perdagangan dan sebagainya akan mempunyai lebih strategi untuk memajukan bisnes mereka.

Selain itu, sebagai pelajar pelajaran juga patutu diutamakan untuk masa depan tetapi bisnes juga adalah salah yang penting dalam hidup untuk memajukan diri daripada orang lain. Pelajar yang mempunyai bisnes juga tidak patut untuk merasa diri dipandang serong oleh rakan-rakan kerana rakan-rakan yang memandangkan seperti itulah tidak berani untuk menyahut cabaran hidup dari segi ekonomi diri. Sebagai contohnya, pelajar sentiasa berusaha untuk mempromosikan barang-barang yang diniagakan walaupun kadang-kadang pelajar terpaksa melayan pelbagai karenah pelanggan. Apabila menjadi seorang yang peniaga, pelajar patut banyak bersabar dengan karenah pelanggan kerana di luar sana terdapat pelabgai ragam karenah pelanggan. Oleh itu, pelajar yang menjalankan bisnes ini sebenarnya tidak mudah dan mereka perlulah untuk berusaha lebih untuk melakukan jualan.

Seterusnya, dalam menjalankan bisnes pada mulanya memangnya sangat mudah dari segi pandangan kita tetapi apabila individu menjalankan satu bisnes ini mereka akan menghadapi pelbagai kesan dan masalah. Terdapat kemungkinan, pelajar yang menjalankan bisnes ini secara offline berkemungkinan tidak dapat untuk menyakinkan pelanggan tetapi dengan adanya internet mereka akan dapat memperkenalkan lagi barangan mereka. Masalah yang dihadapi pelajar dalam talian juga iaitu saingan untuk menjual barangan kerana terdapat barangan yang diniagakan sama dengan peniaga lain. Masalah seperti ini pelajar tidak perlu risau kerana ini akan meningkatkan lagi daya saing untuk memajukan bisnes masing-masing kerana setiap individu yang menjalankan bisnes juga mencari rezeki secara halal baik online mahupun offline.

Disamping itu, pelajar akan menggunakan media seperti berikut untuk mempromosi barangan iaitu Facebook, Whatsapp, Telegram, Instagram dan sebagainya. Dengan pelbagai media yang digunakan pelajar akan mendapat lebih banyak pelanggan untuk melakukan urus niaga. Ini juga menjadi cabaran kepada pelajar kerana sesetengah pelanggan tidak mempercayai terhadap barangan yang diniagakan , ini kerana pelanggan yang berada jauh daripada peniaga. Sebagai peniaga, pelajar juga perlu bersikap jujur dalam bisnes.
P

Akhir sekali, teknologi yang canggih pada masa ini telah menyediakan peluang pekerjaan untuk pengguna kerana mereka dapat memasarkan pelbagai barangan yang ingin diniagakan. Dengan berniaga , pelajar dapat meningkatkan daya komunikasi dengan dengan pelanggan , ini juga dipanggil sebagai pembelajaran kepada mereka yang bergelar pelajar. Ini juga kesan yang dihadapi semsa berniaga terkadang kita sebagai peniaga mendapat kesan negatif dan positif. Peniaga perlu menjadikan kritikan yang diberikan daripada pelanggan adalah untuk memajukan diri agar pelajar yang menjalankan bisnes tidak putus asa dan berusaha untuk memajukan diri di kaki sendiri. Pelajar mestilah membuat keputusan yang bijak untuk memilih bisnes. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara menjadi pengguna tunetalk/tunetalk dan kelebihan yang disediakan

Pending

3 cara berbelanja