Perniagaan dalam talian
|
[Type
the document title]
|
|
|
|
Pengunaan peralatan komunikasi elektronik seperti
internet dapat menyediakan persekitaran sosial yang pantas, mudah dan bebas
kepada sesiapa sahaja. Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan
seharian manusia zaman moden. Penggunaan aplikasi internet seperti
facebook/whatsapp/telegram/wechat dan lain lain telah memberikan pelbagai
kemudahan serta kesenangan kepada penggunannya.
|
Selain itu, kadar penembusan rangkaian sosial pula adalah sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. Laporan turut mendedahkan bahawa 11.8 juta rakyat Malaysia dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari internet untuk mengakses Facebook. Rakyat Malaysia juga semakin banyak menghabiskan masa dengan melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Hal ini disebabkan kerana pada masa ini dunia semakin canggih dengan adanya teknologi yang canggih. Ini juga telah mendorong pengguna untuk berniaga dalam talian dan wujudnya urus niaga antara peniaga dan pembeli.
Hal ini dibuktikan bahawa terdapat segelintir
pengguna yang memanfaatkan internet yang ada untuk menjalankan perniagaan dalam
talian dengan hanya memasarkan jualan mereka. Oleh itu, mereka dapat memasang
strategi dalam perniagaan mereka. Telah ramai pengguna yang berjaya dalam
menjalankan perniagaan mereka secara dalam talian kerana mereka sentiasa
berusaha dan berfikir secara positif terhadap perniagaan mereka. Mereka yang
telah berjaya dalam perniagaan mereka telah banyak belajar dari masa ke masa
ini kerana mereka hanya focus pada satu perniagaan. Mereka juga telah mengkaji
perniagaan yang mereka jalankan sama ada akan member keuntungan kepada mereka.
Contohnya, Mazelan Abas yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan selama 6
tahun telah mengkaji perniagaan sama ada boleh memberikan keuntungan kepadanya
ataupun tidak, tetapi dengan usaha beliau yang tidak putus asa telah membawa
beliau kea rah kejayaan dalam perniagaannya. Beliau hanya menjalankan
perniagaan dalam talian dengan hanya memperkenalkan kepada semua orang iaitu
Simkad Toneexcel.
Seterusnya, keadaan ekonomi yang tidak menentu boleh
memberi kesan terhadap kehidupan individu dan isi rumah. Peningkatan kos sara
hidup serta pendapatan yang tidak selari dengan perbelanjaan telah menjadikan
pendapatan, simpanan dan pelaburan dalam kalangan isirumah semakin berkurangan.
Peningkatan hutang dalam kalangan pengguna menunjukkan bahawa para pengguna
perlu mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang baik bagi membuat
keputusan kewangan. Kegagalan untuk menguruskan kewangan peribadi boleh
memberikan kesan jangka masa panjang dan impak yang negatif kepada masyarakat.
Hal ini juga telah mendorong pengguna
untuk menjalankan perniagaa dalam talian kerana ingin menambah pendapatan
keluarga. Kerana pada masa ini masyarakat hanya berhadapan dengan computer dan
handphone untuk mencari maklumat.
Perniagaan dalam talian ini dapat membantu dan
memudahkan lagi pengguna untuk meambah
pendapatan keluarga. Ini juga dapat membantu mereka untuk proses pembelajaran
dalam dunia perniagaan. Mereka yang belum menceburi diri dalam bidang
perniagaan dan masih mencari perniagaan yang mudah untuk dijalankan, mereka
perlu menceburi dunia perniagaan dan perniagaan yang mudah untuk dijalankan
iaitu Simkad Toneexcel kerana dengan hanya memperkenalkan kelebihan Simkad
tersebut. Dengan perniagaan yang dijalankan telah ramai yang berjaya. Ini sama sahaja anda memperluaskan
lagi jualan yang anda diniagakan dan membantu mereka yang ingin menambah
pendapatan untuk membantu keluarga. Hal ini kerana terdapat banyak pilihan yang
ditawarkan kepada pengguna oleh pengeluar sehingga pengguna tidak dapat
membezakan tawaran yang mana memberi lebih keuntungan kepada pengguna
Ulasan
Catat Ulasan