Cerita Cik Te
Semasa aku tingkatan 4, aku mempunyai
kekeliruan untuk mengambil aliran untuk diambil untuk mata pelajaran tambahan
SPM. Ini kerana dalam masa yang sama saya juga meminati Seni Visual dan
Perdagangan. Sebelum mengambil sebarang
keputusan aku berbincang dengan kedua ibubapaku akhirnya keputusan dapat
dicapai dan aku mengambil aliran Perdagangan. Dan masa ini aku kerap melanggan
internet dan mencari perniagaan yang mudah untuk dilakukan. Aku ternampak post orang yang sedang mencari
dropship dan aku pun terus menghubungi beliau yang bernama S(bukan nama
sebenar). Aku berfikir dengan menjalankan perniagaan sebagai dropship. Ini akan meningkatkan lagi daya pengetahuanku.
Hari demi hari menjalankan perniagaan
tersebut aku seakan dihormati oleh semua orang dan dipercayai kerana dapat
memenuhi kehendak dan keperluan harian mereka walaupun hanya dalam talian. Aku
sangat bersyukur terhadap ibubapaku yang
sentiasa menyokong aku dan sehinggalah aku menamatkan persekolahan di perdana
tingkatan 4 dan 5, aku membuat keputusan untuk terus bekerja dan fokus terhadap
perniagaan yang aku jalankan.
Aku sebagai anak sulung dalam adik
beradik, aku tetap meneruskan persekolahan di tingkatan 6. Bagi mereka yang
pernah melanjutkan persekolahan di tingkatan 6, sudah pastinya pernah merasakan
betapa sukarnya dan penat kerana terlalu banyak tugasan yang diberikan tetapi
saya mengambil cabaran ini untuk menghabiskan persekolahanku. Semasa
pembelajaran bermula subjek Pengajian Am. Cikguku membincangkan berkenaan
perniagaan. Cikgu bertanya sesiapa yang menjalankan apa sahaja perniagaan. Masa
itu semua kawanku memandang kepada aku kerana aku menjalankan perniagaan Simkad
Toneexcel.
Cikgu : Valentina, bisnes apa?
Saya : Simkad Toneexcel, cikgu.
Cikgu : wahh! Kita geng Valentina,
sebab cikgu pun guna simkad itu.
Pada masa yang sama, cikguku
memberikan aku semangat supaya aku meneruskan perniagaan ini dan meluaskan lagi
perniagaan yang aku jalankan. Dalam
pembelajaran itu, cikgu memanggil aku untuk ke depan memperkenalkan kelebihan
simkad tersebut. Aku menceritakan kejadian yang pelik yang berlaku terhadap aku
kerana simkad toneexcel ini pada mulanya memberikan sen-sen sahaja dan
bulan-bulan seterusnya aku melihat akaun bankku puluhan ringgit. Sambil itu,
aku juga memperkenalkan simkad yang pelik ini kawan-kawanku supaya mereka juga
membuat pilihan yang bijak.
Dengan tindak balas positif guru-guru
dan kawan-kawanku aku tetap menjalankan perniagaanku walaupun aku jarang
bertemu dengan upline dan prospek. Aku hanya berhubung dengan uplineku melalui
whatsapp sahaja untuk meminta tunjuk ajar. Aku telah banyak belajar daripada
sikap beliau iaitu N(bukan nama sebenar) yang tidak pernah berputus asa dan
sentiasa berusaha untuk memperkenalkan bisnes Simkad Toneexcel ini walaupun
hanya dalam talian. Kebanyakkan orang yang berbisnes hanya akan berhubung
dengan prospek melalui whatsapp, fb, wechat dll. Aku juga tidak mengabaikan
pembelajaranku dan bisnesku, aku belajar untuk membahagi-bahagi masa supaya
dua-dua tanggungjawab terlaksana. Aku menyimpan target terhadap bisnes ini
supaya sebelum meninggalkan sekolah, aku sudah mempunyai duit dan itu mudah
bagiku untuk menyambung sekolah.
Sim
kad Tone Excel ini boleh menjadi simkad biasa bagi sesiapa yang inginkan
penjimatan dari segi call atau data internet. Akan tetapi yang lebih menarik
adalah kepada yang ingin memulakan bisnes atau buat duit sampingan terutamanya
secara online kerana caranya adalah sangat mudah. Walaupun namanya sampingan
sebab mudah tetapi telah terbukti melahirkan jutawan kerana duit terus
meningkat masuk tanpa henti tanpa disedari walaupun diwaktu kita tidur. Ianya
meningkat dan terus meningkat setiap hari kerana ramainya pengguna handphone
dinegara ini.
Ulasan
Catat Ulasan